Buat permulaanya seramai 9 orang pengayuh menawan Banyu Manis, trek terbaru geng Kakikayuh...sebagai latihan untuk ke Seri Iskandar. Kayuhan bermula dari Taman Seri Kapar ke Banyu Manis pergi dan balik sejauh lebih kurang 38km sahaja. Kata latihan untuk ke Seri Iskandar. Trek Seri Iskandar 55km kurang lagi 17km, apa dah jadi ni. Apa nak jadi jadilah..hehe, ini permulaan.
Ini dah masuk offroad, permulaan kayuhan bermula jalanraya sejauh lebih kurang 14km.
Inilah antara aksi-aksi offroad kakikayuh, naik dan turun bukit serta berehat seketika setelah pendakian yang memenatkan.
Dah sampai puncak bukit yang kami namakan puncak Pok Tong..apakah Pok Tong? hanya kakikayuh saja yang tahu.
Hebat..kakikayuh bakal mengegar Sri Iskandar nanti..kayuh jangan tak kayuh
ReplyDeletebestnye! bestnye! bestnye!
ReplyDelete