Monday, June 7, 2010
Basikal bermotor tidak lulus JPJ
GEORGETOWN: Penggunaan kenderaan basikal bermotor berkuasa bateri yang semakin popular pada masa ini dikategorikan sebagai ‘haram’ kerana belum diluluskan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis untuk digunakan di jalan raya. Lagi...
Monday, May 31, 2010
Happy To Ride
Wednesday, January 27, 2010
Yang Lama Jangan Ditinggalkan
Dulu nak dapat basikal bukan main susah tapi basikal dulu begitu tahan lama...tengok dalam gambar ni basikal dah lama tapi nampak masih baik. Aku pun tak tahu berapa umurnya mungkin lebih daripada umur aku sebab aku masih muda lagi..hehe. Basikal dulu tahan sampai puluh tahun, sekarang jangkahayat basikal sudah pendek..macam juga manusia sekarang ni makin pendek usia macam2 penyakit ada aku nak sebut pun jadi takut. Apa2pun aku nasihatkan jagalah kesihatan...Mailah kayuh dengan Kakikayuh.
Sunday, January 24, 2010
Banyu Manis....Seindah Namamu
Buat permulaanya seramai 9 orang pengayuh menawan Banyu Manis, trek terbaru geng Kakikayuh...sebagai latihan untuk ke Seri Iskandar. Kayuhan bermula dari Taman Seri Kapar ke Banyu Manis pergi dan balik sejauh lebih kurang 38km sahaja. Kata latihan untuk ke Seri Iskandar. Trek Seri Iskandar 55km kurang lagi 17km, apa dah jadi ni. Apa nak jadi jadilah..hehe, ini permulaan.
Ini dah masuk offroad, permulaan kayuhan bermula jalanraya sejauh lebih kurang 14km.
Inilah antara aksi-aksi offroad kakikayuh, naik dan turun bukit serta berehat seketika setelah pendakian yang memenatkan.
Dah sampai puncak bukit yang kami namakan puncak Pok Tong..apakah Pok Tong? hanya kakikayuh saja yang tahu.

Thursday, January 14, 2010
Monsoon Ride
Bagi penggemar MTB sukan lasak berbasikal, Monsoon Ride merupakan yang tempat yang terbaik bagi menguji kemampuan pengayuh. Bukit, air, single trek, laluan balak, sawit, lumpur dan sebagainya bab kata orang semuanya ada...yang menyedihkan rasanya lebih daripada 30% trek kena tolak sesuailah dengan MTB(mari tolak basikal) mungkin ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang hujan pada masa tu.
Ni baru nak mula betapa semangatnya, basikalnya berkilat lagi..
Inilah laluannya....
Bila dah keluar..macam dah mandi lumpur, apa-apa pun janji puas.
Ni baru nak mula betapa semangatnya, basikalnya berkilat lagi..
Inilah laluannya....
Bila dah keluar..macam dah mandi lumpur, apa-apa pun janji puas.
Subscribe to:
Posts (Atom)